Thursday, November 1, 2007

Pedagogi - Muzik

PEDAGOGI – MUZIK DALAM PERKEMBANGAN KANAK_KANAK
oleh: suhaili sahimin- miri


PENGENALAN

Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu kepada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak prasekolah dalam bentuk elemen muzik. Muzik digemari secara semulajadi oleh kanak-kanak, Umpamanya kanak-kanak yang berumur 2 tahun akan mengoyang-goyangkan badannya mengikut irama muzik yang diperdengarkannya. Semua ini adalah merupakan bukti bahawa muzik ini digemari secara semulajadi.

Kanak-kanak akan mendapat banyak faedah apabila kaedah pengajaran muzik ditumpukan kepada pengajaran konsep muzik. Antara faedahnya ialah kanak-kanak akan memperolehi kemahiran mendengar yang kritikal apabila menikmati bunyi muzik, di samping memperoleh kemahiran muzik.

KEPENTINGAN MUZIK UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Aktiviti muzik dapat membantu menggalakan perkembangan kognitif, sosioemosi, fizikal kanak-kanak.

1.Perkembangan Kognitif

v Belajar berkenaan konsep muzik seperti pic, rima dan rentak
v Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah, bunyi kuat dan bunyi lembut, bunyi panjang dan bunyi pendek
v Bahasa mengembangkan perbendaharaan kata
v Meningkatkan daya pendengaran

2. Perkembangan Sosioemosi

Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Mereka merasa dihargai apabila kita menyelitkan nama-nama mereka dalam nyanyian yang dinyanyikan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

v Penyertaan dalam kumpulan. Menyanyi dan menari bersama rakan-rakan lain.
v Meluahkan perasaan marah, takut, gembira, sedih, cemas dan sebagainya
v Membina disiplin diri misalnya ketika menunggu giliran
v Meningkatkan konsep kendiri dengan berkongsi bersama rakan


Pengajaran awal subjek sains dengan menggunakan kaedah muzik.

Mengajar murid mengenai konsep bunyi menggunakan alat-alat Perkusi tak berpic seperti:

Bunyi Kuat – memperkenalkan Kerincing kepada kanak-kanak. Memukul
kerincing dengan kuat dan menyatakan bahawa bunyi itu adalah kuat.

Bunyi lembut – memukul kerincing secara lembut dan memperkenalkan bunyi tersebut sebagai lembut.

Bunyi tinggi – getarkan loceng sebagai bunyi tinggi.

Bunyi rendah – pukulkan kastanet sebagai bunyi rendah.
Bunyi panjang – pukul kerincing sebagai bunyi panjang.

Bunyi pendek – pukul kastanet sebagai bunyi pendek.

No comments:

FUEL YOUR EMOTION

helloo.....


Free shoutbox @ ShoutMix