Saturday, November 17, 2007

PBS-Pengalaman Berasaskan Sekolah


Tugasan untuk pengalaman berasaskan sekolah

Tajuk 2

Sediakan satu senarai semak berdasarkan mana-mana satu aspek perkembangan. Kenalpasti seorang kanak-kanak dan buat pemerhatian perkembangan kanak-kanak tersebut menggunakan senarai semak yang telah anda bina. Sediakan laporan pemerhatian berdasarkan rekod yang telah dikumpul.

Berikut adalah biodata kanak-kanak yang dijadikan sebagai bahan pemerhatian untuk melihat aspek perkembangan fizikal semasa menjalankan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di Prasekolah Harmoni S.K South, Miri.


BUTIR-BUTIR MURID
Nama :
Umur :6 tahun
Jantina :Perempuan
Tarikh Lahir :08 May 2001
No. Sijil Kelahiran :
Tempat Lahir :Hospital Miri, Sarawak
Bangsa :Dusun
Agama :Kristian
Bilangan Adik-Beradik :6 orang
Kedudukan :Anak Ke-5
Berat :21 kg
Tinggi :112.5 cm
Pekerjaan ibu :Guru
Pekerjaan bapa :Bekerja Sendiri


SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN FIZIKAL

BIL. CIRI-CIRI YA TIDAK
1. Boleh memakai baju sendiri dengan sedikit bantuan √
2. Boleh memegang pensel untuk menulis √
3. Membaling bola ke atas √
4. Menangkap bola yang melantun √
5. Mahir menunggang basikal roda tiga √
6. Berdiri dengan sebelah kaki selama 5-10 saat √
7. Boleh melakukan ‘thumb-twiddling √
8. Mahir menggunakan sudu dan garfu / chopstick √
9. Menggunting mengikut garisan √
10. Penggunaan tangan kanan atau kiri (kanan) √
11. Boleh naik turun tangga tanpa bantuan pemegang √
12. Boleh berjalan ke belakang sejauh 10 langkah √
13. Boleh melompat atas objek rendah seperti bangku rendah (stool) √
14. Boleh berlari, melompat dan berguling √
15. Boleh meloncat (skip) dan berlari berjengket √
16. Boleh melompat tali √
17. Boleh mengimbangkan badan di atas ruang sempit √
18. Boleh memanjat pokok / alat pepanjat √
19. Berminat melakukan aksi lasak (stunt) √
20. Terlibat dalam aktiviti seperti menyapu dan berkebun √
21. Boleh belajar kemahiran pergerakan badan yang kompleks seperti berenang √
22. Boleh mengikat tali kasut atau reben √
23. Boleh meniru bentuk dan corak mudah √
24. Boleh mereka bentuk yang rumit dari bahan permainan binaan (lego) √
Refleksi

Pemerhatian berdasarkan senarai semak berkait rapat dengan perkembangan fizikal telah dijalankan ke atas subjek kajian iaitu seorang kanak-kanak prasekolah. Senarai semak adalah bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah kerana pada peringkat umur kanak-kanak ketika ini berada dalam tahap perkembangan semua aspek, termasuk aspek perkembangan fizikal. Secara keseluruhannya subjek kajian mempunyai kemampuan melakukan ciri-ciri perkembangan fizikal selama kami menjalankan pemerhatian sewaktu aktiviti PBS di prasekolah SK South, Miri. Senarai semak yang berfokus kepada perkembangan fizikal ini sedikit sebanyak telah membantu kami melihat perkembangan untuk memastikan tahap-tahap perkembangan fizikal yang tertentu.

Mengikut penerangan teori, proses perkembangan fizikal kanak-kanak akan melalui tiga proses iaitu proses pertama adalah penyesuaian anggota-anggota badan badan dalam membuat pergerakan motor kasar. Proses kedua pula menyentuh megenai penyesuaian bahagian-bahagian kecil anggota badan dalam membuat pergerakan motor halus dan seterusnya proses ketiga iaitu satu perkembangan yang menyentuh mengenai kemampuan membezakan keadaan melalui pancaindera.

Tahap pencapaian maksimum dalam ketiga-tiga aspek perkembangan fizikal ini bergantung kepada beberapa faktor tertentu. Faktor biologi merupakan faktor penyumbang kepada tahap perkembangan fizikal. Segolongan ahli psikologi berpendapat bahawa kemahiran motor kanak-kanak datang daripada kematangan biologi. Walaupun wujud perbezaan individu, kebanyakan kanak-kanak daripada pelbagai budaya boleh berjalan pada umur yang lebih kurang sama. Pandangan ini bermaksud perkembangan motor kanak-kanak seperti pembesaran tulang dan otot, kematangan sistem saraf, keupayaan menyeimbangkan badan misalnya telah disediakan terlebih dahulu oleh genetik (Kopp, 1979).

Selain itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi tahap pencapaian fizikal pada kanak-kanak. Faktor persekitaran ini menekankan latihan sebagai aspek penyumbang secara tidak langsung kepada kanak-kanak untuk mencapai tahap perkembangan fizikal.

Mengikut kajian semasa dilahirkan seseorang kanak-kanak telah dibekalkan dengan lengkap segala anggota tubuh badan dan juga pancaindera. Ini adalah berkait rapat dengan kematangan biologinya yang sempurna ketika dilahirkan. Kesempurnaan ini dapat digunakan sepenuhnya mengikut tahap perkembangan fizikal yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak itu mengikut peringkat umur. Pada ketika ini, tulang, otot dan urat saraf belum cukup matang. Anggota-anggota yang mustahak dalam pergerakan ialah kaki, tangan, badan dan kepala.

Secara umumnya, Seseorang kanak-kanak sudah menguasai pergerakan bagi setiap anggota badan tersebut semasa berumur dalam lingkungan umur emapat hingga enam tahun. Dalam tahap umur seperti ini kanak-kanak sudah mampu membuat pergerakan fizikal yang asas seperti menggelengkan kepala, mengangkat, mengayunkan tangan, melontar benda, berlari dan melakukan pergerakan seperti menari. Namun yang demikian tahap penguasaan fizikal badan masih ditahap yang perlu diperseimbangkan lagi.

Pergerakan fizikal yang lain adalah pergerakan motor halus iaitu penyelarasan bahagian-bahagian kecil anggota badan seperti jari, tangan, lengan siku, pergelangan tangan, leher, tumit kaki dan dagu. Pergerakan motor halus ini adalah bermatlamat. Sebagai contoh menulis huruf abjad dengan menggunakan jari-jari dan lengan yang dominan iaitu sama ada lengan kiri atau kanan. Seterusnya penggunaan jari-jari secara serentak dalam melakukan pergerakan seperti meggunting kertas. Anggota-anggota yang yang terlibat ini memerlukan kemahiran penguasaan yang baik dan memerlukan banyak latihan dan pendedahan.

Perkembangan pancaindera pula memerlukan tiga peringkat penguasaan. Pertama pancaindera yang menggunakan sifat yang dapat membezakan sesuatu ciri benda atau perkara yang dilihat. Misalnya pabila kanak-kanak mengambil kira perbezaan antara bau iaitu sudah pasti bau yang busuk dengan bau harum daripada benda yang terdapat di sekeliling mereka dan bagaimana benda tadi mampu memberi rangsangan tindakan kepada kanak-kanak.

Misalnya menghindari bau busuk tadi dan mendekati pula kepada bau harum. Ini dibantu dengan semangat igin tahu daripada kanak-kanak itu sendiri Dalam peringkat kedua, pancaindera berkembang ke arah penguasaan membezakan di antara dua atau lebih ciri yang terdapat pada satu jenis bunyi, bau mahupun rasa. Contohnya, kanak-kanak boleh membezakan bau bunga jasmine, teratai ros dan dahlia.

Bagi peringkat tiga, penguasaan tertumpu kepada membezakan ciri-ciri dan kualiti yang terdapat pada sesuatu perkara yang dilihat. Ini bermakna kesemua pancaindera tersebut digunakan untuk menghasilkan maklumat dan membezakan maklumat-maklumat yang diterima. Kemudian, ciri-ciri ini akan disusun mengikut kriteria yang difikirkan penting.

Secara semulajadi pancaindera yang sudah sedia ada dan yang dipelajari dapat digunakan dalam unit pemikiran kanak-kanak untuk menentukan ciri-ciri yang terdapat pada benda yang dilihat. Berdasarkan ciri-ciri ini, kanak-kanak tersebut akan membandingkan dengan pengalamannya bagi menentukan apakah benda tersebut. Sebagai contoh yang boleh diambil ialah kanak-kanak yang terdedah kepada perkara di alam yang sebenar, pancaindera mereka akan membantu mereka melihat dan memahami perbezaan yang wujud seperi dalam situasi yang sebenar seperti di zoo iaitu kanak-kanak akan tertarik kepada binatang seperti harimau kerana memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan seekor kucing yang mungkin dipelihara di rumah.

Selain itu, kesihatan badan yang baik penting bagi kanak-kanak dalam peringkat prasekolah. Mereka perlu diasuh memakan makanan yang seimbang, mengamalkan tabiat kebersihan diri dan alam sekitarnya serta menjauhkan diri daripada penyakit. Kanak-kanak pada usia lingkungan empat hingga enam tahun akan menggunakan tenaga yang banyak dalam aktiviti-aktiviti seharian mereka. Oleh itu, pemakanan mereka haruslah lebih kepada karbohidrat dan protein untuk memberi tenaga di samping membina sel-sel dan tisu-tisu badan yang baru.

Setelah memahami perkembangan fizikal kanak-kanak yang hanya mencapai tahap perkembangan yang terhad pada peringkat umur tertentu, sudah pastinya ibu bapa dan guru perlu menerapkan ciri-ciri keselamatan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak ini perlu banyak didedahkan dan diterangkan mengenai benda-benda dan situasi yang boleh membahayakan diri mereka. Langkah-langkah pencegahan perlu diajar kepada mereka dari awal lagi supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku apatah lagi kanak-kanak yang banyak memerlukan bimbingan dan pertolongan untuk mencapai aspek perkembangan yang lain dengan baik.

Oleh itu, ibu bapa dan guru yang mengendalikan kanak-kanak di peringkat umur prasekolah haruslah memahami unsur-unsur perkembangan fizikal dan juga implikasinya kepada pendidikan. Namun, perkembangan fizikal sebagaimana dengan perkembangan-perkembangan lain akan melalui beberapa peringkat. Peringkat-peringkat ini hanyalah norma yang diperhatikan pada satu-satu peringkat perkembangan. Jika seorang kanak-kanak pada lingkungan umur prasekolah belum lagi dapat menguasai sebahagian besar daripada pergerakan halus yang memerlukan penyelarasan bahagian-bahagian kecil anggota, maka aktiviti yang dirancangkan bagi kanak-kanak ini harus menitikberatkan kenyataan tersebut.

Ini bermakna matlamat pendidikan fizikal mesti berkait dengan kemahiran melicinkan pergerakan-pergerakan yang rumit. Ibu bapa dan guru harus memainkan peranan dengan membuat pemerhatian ke atas setiap kanak-kanak. Catatan perkara harus dibuat bagi perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Dengan adanya gambaran ini, barulah dibuat pertimbangan bagi setiap peringkat umur.

Laporan Pemerhatian

Berdasarkan hasil pemerhatian melalui senarai semak dari segi perkembangan fizikal yang telah dijalankan oleh saya terhadap Zuniga Joanne Majakin jelas menunjukkan sebahagian besar ciri-ciri perkembangan fizikal telah dikuasai bersesuaian dengan peringkat umurnya. Tahap perkembangan fzikal Zuniga mencapai tahap perkembangan yang normal.

Buktinya dapat ditunjukkan daripada hasil kajian senarai semak yang telah dijalankan dan menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Semasa menjalankan aktiviti seperti yang tersenarai, Zuniga dengan mudah mampu melakukan pergerakan-pergerakan dengan baik walaupun masih lagi terdapat beberapa pergerakan yang kurang sempurna terutamanya motor kasar selain daripada pergerakan motor halus.

Selain itu juga, Zuniga merupakan kanak-kanak yang ceria dan periang dan selalu bertindak balas dengan suasana sekitar dan sosialnya. Pergaulan Zuniga dengan rakan-rakan sebaya adalah amat baik dan beliau sentiasa memberi respon dan pertolongan. Kesihatannya juga turut berada dalam keadaan yang memuaskan berdasarkan hasil pemerhatian saya terhadapnya. Kanak-kanak ini juga amat aktif bermain serta dapat menyiapkan aktiviti yang diberikan oleh gurunya dengan cepat dan kemas.

Zuniga juga turut menunjukkan respon dan reaksi yang positif ketika guru mengajar di hadapan dan mendengar arahan dan kata-kata gurunya. Tinjauan secara kasar yang dapat saya buat kesimpulan terhadap perkembangan Leslie adalah pengaruh daripada latar belakang ibu bapanya yang bekerja sebagai seorang guru. Ini memberi kelebihan kepada Leslie dari segi faktor persekitaran selain daripada faktor biologi yang telah disentuh.

Rujukan

Dr. Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah. (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Jas Laile Suzana Jaafar. (1996). Psikologi Perkembangan: Psikologi kanak-kanak Dan Remaja. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-Kanak – Penilaian Secara Portfolio. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Universiti Putra Malaysia

Rohaty Mohd. Majzub, Abu Bakar Nordin. (1989). Pendidikan Prasekolah. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

FUEL YOUR EMOTION

helloo.....


Free shoutbox @ ShoutMix